Hari ni untuk berbuka ayin masak kerabu satong...sebab senang nak masak and sedap nak makan...so here it goes....
KeRaBu SoToNG Bahan2:
10 ekor sotong (yari-ika) yg kecil2 tuh...kalu sotong besar (surume-ika) 1-2 ekor pun dah cukup...di bersihkan dan di potong bulat.
2 batang serai diracik halus
2-3 biji bawang merah dipotong nipis2
3-4 biji cili padi diracik halus
1/2 biji lemon dan ambil jusnya (kalau ader limau nipis lagi besttt..)
Garam dan Gula secukup rasa
Air untuk merebus sotong secukupnya
Cara Memasak:
1. Masakkan air dan masukkan sedikit garam.
2. Setelah mendidih, masukkan sotong. Angkat setelah masak. (Paling senang angkat sotong selepas air mendidih semula. Jangan masak sotong terlalu lama nanti keras..x sedap...)
3. Gaulkan dengan bahan2 lain.
4. Masukkan jus lemon, garam dan gula secukup rasa. Sedia utk di hidang